THANK YOU...

Terima kasih di atas kesudian anda melayari blog ini..

Tuesday, January 18, 2011

YAKINKAN AKU TAKDIRMU TUHAN

Kenapa harus ada pertemuan
andai perpisahan yang menjadi kesudahan
kenapa perlu ada kegembiraan
andai kedukaan akhirnya berkekalan
adakah ini memang lumrah kehidupan
ataupun hanya satu kebetulan
yang menduga akal dan fikiran
untuk mengajar tentang erti ketabahan

Wajarkah aku menghargai kehidupan
kerana sering merasai kehilangan
hingga sukar untuk menafsir perasaan
walaupun gelora jiwa umpama ombak di lautan
mungkin juga seperti amukan sang ribut taufan
yang meranapkan seluruh keindahan
lalu menyajikan sebuah hamparan kekosongan
dan meninggalkan seribu satu persoalan
menjadi pengalaman dan juga kenangan
kekal selamanya di dalam ingatan

Yakinkan aku Tuhan
sememangnya aku tak layak menikmati kegembiraan
yakinkan aku Tuhan
sewajarnya aku harus hidup dalam kedukaan
supaya aku tidak meratapi kehilangan
semoga aku tidak menyesali kesudahan
agar aku akur dengan segala ketetapan
tanpa mempersoalkan takdirMu Tuhan

2 comments: