THANK YOU...

Terima kasih di atas kesudian anda melayari blog ini..

Tuesday, January 18, 2011

KEGAGALAN

Kegagalan…
Munculmu amat merisaukan
Hadirmu sangat menyusahkan
Tibamu sungguh memilukan
Namun semua itu bukannya alasan
Kerana engkau tidak punya perasaan
membuatkan insan rasa kempunan
segala impian tidak kesampaian..

Kegagalan…
Kedegilanmu tidak dapat dinafikan
Sentiasa mencemburui setiap kejayaan
Akan mengekori setiap pergerakan
Hingga menuju zaman kegelapan
Kerana itu yang engkau inginkan
Melemahkan semangat setiap insan
Meleraikan kejayaan dari genggaman..

Kegagalan…
Setiap insan cuba melenyapkan
Tiada siapa pun yang sudi mendambakan
Namun engkau sentiasa sudi menjadi teman
Kerana engkau tidak pernah berasa bosan
Dalam mengiringi setiap perjalanan
Menongkah arus merentas zaman
Kerana engkau lumrah dalam kehidupan..



2 comments: