THANK YOU...

Terima kasih di atas kesudian anda melayari blog ini..

Wednesday, January 19, 2011

ANTARA PERATURAN PENTING YANG PERLU DIFAHAMI DALAM PSIKOLOGI "PERMAINAN INSAN"

PERATURAN PERTAMA :
Tidak tahu apa yang kita ingin orang kita lakukan, kemudian cuba mencipta permainan ;
Sekiranya kita mahu permainan itu dianggap serius, permainan perlu diutamakan dahulu. Kemudian barulah apa yang dilakukan oleh mereka.

PERATURAN KEDUA :
Jangan cipta permainan untuk orang kita, tetapi kita sendiri tidak rela memainkannya ;
Mereka pasti tahu mengenainya walaupun kita berahsia. Mereka pasti mengungkitnya di kemudian hari.

PERATURAN KETIGA :
Pastikan ada kaedah tertentu dalam memenangi permainan tanpa menamatkannya ;
Permainan tidak boleh tamat, sebab permainan yang tamat bermaksud operasi juga tamat. Perlu ada kemenangan dalam permainan. Sekiranya tidak, orang-orang kita berasa letih bermain. Oleh itu, sekali-sekala hadiahkan kemenangan kepada mereka. Permainan yang ada kemenangan menyebabkan mereka setia dalam permainan dan menjadikan permainan bertambah menarik walaupun ada kalanya permainan mungkin menjadi hambar.

PERATURAN KEEMPAT :
Ubah taktik permainan dari semasa ke semasa, tetapi jangan ubah strategi permainan ;
Strategi permainan adalah etika atau moral di sebalik logik permainan. Etika atau moral permainan perlu diutamakan dalam apa jua keadaan kerana ia adalah asas kepada komitmen bagi kita dan orang-orang kita. Walau bagaimanapun, perubahan penting dalam permainan. Permainan yang pada mulanya menyeronokkan akan hilang serinya sekiranya tiada perubahan berlaku. Bagi mengetahui bila perubahan perlu dilakukan, perhatikan orang-orang kita. Hasil kerja mereka dapat memberitahu kita bila permainan perlu diubah. Caranya adalah dengan meramal pada penghujung permainan sebelum orang lain sedar dan melakukan perubahan dengan mengambil tindakan eksekutif. Kita boleh tahu sekiranya perubahan itu berkesan dengan melihat reaksi orang-orang kita. Mungkin pada awal perubahan ini ada penolakan tetapi sekiranya kita bertahan, mereka pasti menerima perubahan itu dan permainan menjadi lebih hidup.

PERATURAN KELIMA :
Jangan sesekali mengharapkan permainan itu dapat bertahan lama. Sekali-sekala orang-orang kita perlu diingatkan ;
Adakan mesyuarat khusus mengenai permainan itu sekerap yang mampu. Sekurang-kurangnya lakukan sedikit pengecualian dalam permainan andai perlu. Pastikan semua orang tahu mengenainya. Ingat yang permainan tidak wujud tanpa pemain. Ia wujud kerana kita memainkannya. Walau bagaimanapun, sebagai manusia biasa kita sering terlupa mengenai perkara pokok. Kebanyakan permainan yang hebat hilang begitu sahaja kerana sebab seperti ini.Bagi memastikan permainan kita ini tidak hilang, ingatkan orang-orang kita mengenai permainan yang kita mainkan ini sekali-sekala. Namun begitu, jangan meleteri mereka.

PERATURAN KEENAM:
Cipta permainan yang munasabah ;
Permainan yang tidak munasabah pasti lenyap sebelum dapat dimainkan. Permainan yang bagus adalah permainan yang dibangunkan atas dasar kebenaran sejagat yang dapat disahkan. Sekiranya permainan itu cukup menarik, ia dapat menarik perhatian ramai orang. Permainan yang membosankan tidak akan kemana-mana. Ketahui dunia tempat kita berpijak, kemudian sediakan bekalan. Kita tentu memerlukannya nanti. Permainan yang tidak diuji bukan permainan. Namun kita perlu ingat, sebab hebat di dunia juga tidak dapat membantu permainan kita seandainya logik permainan itu tidak disertai dengan perasaan yang tebal. Logik dapat menyediakan senjata rasional dalam menyokong komitmen emosi mereka. Apabila semangat komitmen mereka pudar, ini bermakna mereka dan mungkin juga kita sudah melupakan logik. Jadi, kita perlu selalu membelek logik itu. Pastikan orang kita ingat mengenai tujuan permainan itu.

PERATURAN KETUJUH:
Permainan perlu menyeronokkan dari semasa ke semasa ;
Perhatikan perkataan ‘ dari semasa ke semasa’. Permainan tidak perlu sentiasa menyeronokkan. Malah, kebanyakan permainan memang tidak menyeronokkan langsung. Ini yang seronoknya apabila bermain permainan yang bagus. Belajar bagaimana mengatasi bahagian ‘ yang tidak menyeronokkan itu ‘ bagi memelihara maruah kita ketika kita jatuh tersungkur. Pada masa yang sama, keseronokkan perlu dimasukkan ke dalam permainan kita. Pastikan keseronokkan yang dirancang itu benar-benar menyeronokkan. Keseronokan itu perlu didefinisikan oleh orang-orang kita. Sekiranya menyeronokkan mereka, maka ia sudah berhasil. Namun, jangan selalu mengadakannya. Jadikan ia aktiviti yang dinanti-nantikan sambil dapat melupakan sesetengah perkara.

PERATURAN KELAPAN :
Sekiranya kita tidak dapat mengadakan permainan yang bagus, ambil idea orang lain ;
Idea orang lain juga boleh dianggap idea kita. Walau bagaimanapun, sekiranya kita mengambil idea permainan orang lain, hafal permainan itu. Sekiranya tidak, kita tentu mendapat malu kerana berpura-pura bermain.

No comments:

Post a Comment