THANK YOU...

Terima kasih di atas kesudian anda melayari blog ini..

Wednesday, January 19, 2011

JANGAN MENCARI TERLALU "SEMPURNA"

Jika kamu MEMANCING ikan
Setelah ikan itu TERLEKAT di mata kail
Hendaklah kamu MENGAMBIL ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja
Kerana ia akan menanggung SAKIT akibat bisanya
KETAJAMAN mata kail kamu
dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup...

Begitulah juga,

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah dia mula MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya
Selagi dia masih MENGINGATI kamu...

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada
Janganlah terlalu BERHARAP pada takungannya
dan menganggap ia begitu TEGUH
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja
Kerana apabila ia mula RETAK
Tidak sukar untuk kamu MENAMPAL dan MEMPERBAIKINYA semula
Dan bukannya terus di BUANG begitu sahaja...

Begitulah juga,

Jika kamu sedang MEMILIKI seseorang
TERIMALAH dia seadanya
Janganlah kamu terlalu MENGAGUMINYA 
Dan MENGANGGAP dia terlalu ISTIMEWA
Anggaplah dia hanya SEKADAR manusia biasa
Kerana apabila dia MELAKUKAN kesilapan
Tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA
Dan membolehkan hubungan kamu KEKAL hingga ke akhir hayat
Bukan MENGHUKUMNYA atau MENINGGALKAN dia begitu sahaja
Kerana kamu merasa terlalu KECEWA dengan sikapnya
Lalu semuanya akan TERHENTI begitu saja...

Jika kamu MEMPUNYAI sepinggan nasi
Yang kamu PASTI baik untuk dirimu
Yang MENGENYANGKAN lagi BERKHASIAT
Mengapa kamu BERLENGAH lagi???
Cuba MENCARI makanan yang lain
Kerana terlalu ingin MENGEJAR kelazatan
Kelak nasi itu akan BASI sendiri
Dan kamu sudah tidak boleh MENIKMATINYA lagi
Kamu pasti akan MENYESAL...

Begitulah juga,

Jika kamu telah BERTEMU dengan seorang insan
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU...MENGASIHIMU...dan MENCINTAIMU
Mengapa kamu BERLENGAH lagi???
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain
Terlalu mencari KESEMPURNAAN
Kelak dia akan BERJAUH HATI
Dan kamu akan KEHILANGANNYA 
Apabila dia menjadi MILIK orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL dan tiada gunanya lagi

Oleh itu,

Janganlah kita  terlalu mencari KESEMPURNAAN
Kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN
Sedangkan jika kita boleh MEMAAFKAN kesilapan orang yang kita sayang
Dan akur dengan segala KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa
Serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI
Kita akan BAHAGIA...BAHAGIA...dan terus BAHAGIA
Itu jauh lebih BERMAKNA...

1 comment: