THANK YOU...

Terima kasih di atas kesudian anda melayari blog ini..

Friday, January 21, 2011

NILAI SEBUAH KEKUASAAN

Kekuasaan yang diberikan kepada seseorang itu adalah tanggungjawab penuh supaya dilaksanakan dengan baik seterusnya menjadi satu bentuk layanan kepada orang lain, bukannya ruang atau peluang untuk memperlekehkan orang lain.

Kekuasaan mencerminkan kepercayaan yang diberikan seseorang kepada orang lain bagi melakukan sesuatu yang sudah dipersetujui bersama. Kekuasaan juga adalah cermin karakter seseorang semasa individu itu melaksanakan kuasa yang diamanahkan kepadanya. Petikan kata-kata Abraham Lincoln “Pada dasarnya, seseorang itu mampu mengatasi sebarang masalah hidupnya. Namun, sekiranya anda mahu melihat karakternya yang sebenar, berilah dia kekuasaan”. Itulah sebabnya semasa memimpin, dunia sedang melihat siapa dia sebenarnya. Kekuasaan yang diberikan kepadanya juga bererti latihan menjalani kehidupan.

Amalan (practice) berasal daripada kata bahasa Yunani prassein yang bererti melakukan. Oleh itu, punca kekuasaan adalah tindakan atau amalan yang dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab dalam menyelesaikan tugas yang diberikan hingga selesai.

Satu perkara yang perlu diberi perhatian adalah sejauh mana kekuasaan itu diberikan kepada seseorang. Sering berlaku di mana seseorang itu seolah-olah memberikan kuasa penuh kepada orang lain. Namun dalam pelaksanaannya, dia bagaikan memegang seekor ular walaupun kepalanya dilepaskan tetapi ekornya masih dipegang.

Belajar memberi kekuasaan bererti sedang belajar mengamanahkan tugas kepada seseorang. Sementara itu, sekiranya kita menerima kekuasaan daripada orang lain bererti kita belajar memegang tanggungjawab menerima tugas yang diberikan supaya keadaan menjadi lebih baik.

No comments:

Post a Comment