THANK YOU...

Terima kasih di atas kesudian anda melayari blog ini..

Tuesday, December 4, 2012

MOTIVASI?




a)      Motivasi adalah faktor yang mendorong manusia untuk bertindak.
b)      Secara umumnya, ada dua faktor yang mendorong manusia untuk bertindak iaitu :
v     Untuk memperolehi kegembiraan dan kebahagiaan.
v     Untuk menghindari keburukan dan masalah.
c)      To be adalah keinginan kita menjadi atau mencapai tahap yang diimpikan. Ia dikaitkan  dengan proses mencapai prestasi terbaik dengan memanfaatkan kelebihan yang dimiliki.
d)      To have pula adalah keinginan kita memiliki apa dihajati. Ia dikaitkan dengan proses memliliki bahan materialistic atau hasil usaha keras bagi kesenangan duniawi.
e)      Valensi adalah tahap kualiti diri dalam menguruskan kehidupan dan berkaitan dengan kapasiti mencapai kejayaan hidup.

                   
                MOTIVASI (  Jangka Pendek ) = To Be    x    To Have    x    Valensi



              MOTIVASI ( Jangka Panjang ) = To Be     x        1         x      Valensi
                                                                                         To Have


f)        Untuk motivasi jangka panjang, To Have berpotensi menjadi parasit dalam mencapai kejayaan kerana :
v     To Have yang tinggi membatas To Be dan Valensi.
v     To Have yang tinggi membuka pintu kesesatan.
v     To Have yang tinggi berpeluang besar merosakkan To Be dan Valensi.
g)      Kesempurnaan manusia terletak pada kemampuannya membuat pilihan, termasuk memilih bagaimana menjalani hidupnya.
h)      Raih kejayaan jangka panjang dengan meningkatkan To Be dan Valensi serta merendahkan To Have.
i)        Jadi pakar yang sentiasa bersyukur, bersabar dan berilmu.

Thursday, October 18, 2012

BERSEDERHANALAH SELALU!!!

Jika perlu marah,marahlah tetapi usah terlupa perkataan sabar.

Jika perlu menangis,menangislah tetapi usah terlupa dengan perkataan tenang.

Jika perlu patuh,patuhlah tetapi jangan sampai hilang kemerdekaan.

Jika mahu miskin,miskinlah tetapi jangan terlalu miskin,nanti mudah menjadi kufur.

Jika mahu kaya,kayalah tetapi jangan terlalu kaya,sampai terlupa perkataan sedekah.

Jika mahu menjadi warak,lakukanlah ibadah sebanyak banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan dunia.

Kalau mahu sebuah kereta mewah,belilah selagi mampu dan menepati keperluan semasa.

Kalau mahu dua buah rumah,belilah...asalkan jangan sampai tak tau perkataan puas.

Kalau mahu menimbun harta,berkerja keras lah...asalkan jangan lupa beribadah.

Kalau mahu berhibur,berhiburlah...asal tidak sakan dan menyalahi syarak.

Kalau mahu memperkatakan hal orang,berkatalah...asalkan jangan sampai mengumpat.

Kalau mahu cemburu dengan kejayaan orang,cemburulah asalkan anda pun berusaha kuat sepertinya.

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama lamanya.

Bersederhanalah dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara

Orang yang terlalu pandai kadang kadang apabila bodoh terus sasau.

Orang yang terlalu kuat kadang kadang apabila lemah terus tidak berdaya.

Binalah harta sebanyak banyaknya,tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta.

Binalah kedudukan ditengah manusia,tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri.

Bukan lah orang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan dan minumnya terpaksa meminta minta.Seelok eloknya bersederhanalah dalam beribadah lantaran kerja itu pun beribadah,membuang halangan dijalanan jugak ibadah.menasihati orang jugak ibadah.Orang yang bersederhana terpandang dimata dunia.Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian.Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahu pun orang yang mulia.Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata,membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus.Jika anda impikan penghormatan manusia,maka bersederhanalah dalam berbicara,berbatas batas tatkala bergurau senda dan menyimpan sebahgian kesukaan ketika terlalu gembira.

Bersederhanalah adalah jawapan kepada segala galanya

CANTIKNYA SEORANG WANITA

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa tohmahan dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat

Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi igauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana

Wednesday, October 3, 2012

MASIH BUJANG


Aku masih bujang umurku sudah tua
Masih belum kahwin awek pun tiada
Apa lagi tunang memang mana ada
Masih lagi mencari siapa sudi terima

Bujang tetap bujang walaupun sudah tua
Belum lagi kahwin tiada yang terjumpa
Siang atau malam aku jalan meronda
Silap haribulan ada juga yang tergoda

C/O Tiada biniku mau marah masam muka
        Balik rumah lambat itu memang biasa
        Tiada periuk belanga terbang hinggap muka
        Yang penting hati senang aku gembira

Bukannya ku tidak teringin mau kahwin
Tapi duit gajiku cuma cukup makan
Apa akan jadi  kalau aku kahwin
Nanti tiap hari makan ikan masin

Apa lagi kalau sudah ada anak
Mau beli susu tidak cukup duit
Makan nasi putih memang tiada lauk
Kopi tanpa gula minum biar pahit

Aku belum kahwin tapi sudah tua
Bukannya sengaja calon yang belum ada
Belum lagi jumpa yang terus tergoda
Mungkin esok lusa baru aku jumpa

Thursday, February 23, 2012

Nabi Muhammad SAW Rahmatan Lil-‘Alamin


12 Rabiulawal Tahun Gajah tarikh keramat Rasulullah SAW dilahirkan
Burung bersiulan udara nyaman terpadamnya api sembahan
Antara keanehan yang berlaku untuk menyambut kelahiran
Nabi junjungan Muhammmad SAW sebagai Nabi akhir zaman

Hajarul Aswad asalnya dari Syurga putih berkilauan
Menjadi perselisihan antara kabilah siapa berhak meletakkan
Dengan kebijaksanaan dan keadilan Nabi Muhammad SAW memutuskan
Perselisihan terlerai hanya dengan hamparan sehelai serban

Pembinaan Masjid Nabawi di Madinah selepas penghijrahan
Sebagai inisiatif utama membentuk ummah simbol perpaduan
Menjadi pusat ibadat juga medan dakwah digandakan
Tempat perhimpunan mengadakan perbincangan dan pusat pentadbiran

Kaum Aus dan Khazraj akhirnya dapat dipersaudarakan
Setelah sekian lama asyik berperang dan bermusuhan
Peralihan semangat assabiyah kepada ukhuwah akhirnya diterapkan
Keimanan dan ketakwaan menjadi keutamaan bukannya keturunan

Persaudaraan golongan Muhajirin dan Ansar teras penyatuan
Pelbagai bantuan telah diberikan tanpa mengharapkan keuntungan
Sehingga tidak wujud jurang antara dua golongan
Membentuk ikatan kukuh dan Islam terus diperjuangkan

Piagam Madinah dipersetujui masyarakat dari setiap lapisan
Perlembagaan yang dirangka adalah untuk menjamin kesejahteraan
Menyatupadukan masyarakat majmuk dengan menguatkan ikatan persefahaman
Menyayangi dan menghormati bumi Madinah tanpa kezaliman

Nabi Muhammad SAW Rahmatan Lil-‘Alamin
Menyeru seluruh umat manusia agar Allah SWT ditauhidkan
Menyuruh melakukan kebaikan dan melarang melakukan kemungkaran
Mengajar manusia berinteraksi penuh berhikmah tanpa keegoan
Walaupun 12 Rabiulawal Tahun 11 Hijrah adalah tarikh kewafatan
Rasulullah SAW terus menjadi contoh ikutan dan teladan
Kerana Nabi Muhammad SAW merupakan Rasul terakhir diutuskan
Mewariskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW sebagai panduan
Sumber rujukan seluruh umat manusia yang beriman
Kerana pastinya keredhaan Allah SWT sentiasa menjadi dambaan