THANK YOU...

Terima kasih di atas kesudian anda melayari blog ini..

Wednesday, January 19, 2011

PANDUAN UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMIMPIN DENGAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN KONSEP KERANGKA KECEKAPAN EMOSI (EQ)

DIMENSI PERTAMA :

KECEKATAN PERIBADI
Kecekatan merujuk kepada bagaimana seseorang mengurus diri
Kesedaran Diri
  • Kesedaran Emosi iaitu mengenal pasti emosi dan kesannya.
  • Penilaian Diri Yang Tepat iaitu kesedaran berkenaan kekuatan dan kelemahan diri
  • Keyakinan Diri iaitu perasaan yang kuat pada nilai dan kebolehan diri


DIMENSI KEDUA :

PENGATURAN DIRI
  • Kawalan Diri iaitu menguruskan emosi yang berpecah dan desakan dengan efektif
  • Kebolehpercayaan iaitu mengekalkan piawaian kejujuran dan ketulusan
  • Kesungguhan iaitu memenuhi tanggungjawab dalam mencapai prestasi
  • Penyesuaian Diri iaitu keanjalan dalam menangani perubahan dan cabaran
  • Inovasi iaitu kebolehan menjana idea-idea, pendekatan dan maklumat terkini

DIMENSI KETIGA :

MOTIVASI
  • Dorongan Pencapaian iaitu kesungguhan untuk mencapai satu piawaian kecermalangan
  • Komitmen iaitu berusaha mencapai sasaran kumpulan atau organisasi
  • Inisiatif iaitu kesediaan untuk bertindak dan mencari peluang
  • Optimis iaitu mempunyai kesabaran dalam mencapai matlamat dan memenuhi halangan dan kekecewaan

DIMENSI KEEMPAT :

KECEKAPAN SOSIAL
Kecekapan ini menentukan bagaimana seseorang mengendalikan hubungan dengan orang lain
Empati
  • Memahami Orang Lain iaitu menyedari perasaan dan perspektif orang lain serta berminat pada apa yang di lakukan oleh orang lain
  • Membangunkan Orang Lain iaitu menyedari keperluan pembangunan orang lain serta menyokong kebolehan mereka
  • Berorientasikan Orang Lain iaitu mengenali, menyertai dan memenuhi keperluan pelanggan
  • Kepelbagaian Peluang iaitu memelihara peluang-peluang melalui individu yang berlainan
  • Kesedaran Politik iaitu dapat membaca emosi sesebuah kumpulan dan kuasa hubungannya

DIMENSI KELIMA :

KEMAHIRAN SOSIAL
  • Pengaruh iaitu kebolehan menggunakan teknik-teknik memujuk yang berkesan
  • Komunikasi iaitu kebolehan mendengar dengan terbuka serta menghantar mesej yang meyakinkan
  • Pengurusan Konflik iaitu kebolehan berunding serta menyelesaikan masalah
  • Kepimpinan iaitu kebolehan memberi inspirasi dan panduan kepada individu dan kumpulan
  • Pemangkin Perubahan iaitu kebolehan memulakan dan mengurus perubahan
  • Membina Ikatan iaitu kebolehan membina hubungan yang berguna
  • Kerjasama iaitu kebolehan bekerjasama dengan orang lain bagi mencapai matlamat
  • Kebolehan Kumpulan iaitu kebolehan mewujudkan sinergi kumpulan bagi mencapai matlamat

2 comments: