THANK YOU...

Terima kasih di atas kesudian anda melayari blog ini..

Thursday, January 27, 2011

LUBANG PAKU

Seorang ayah menasihati anak lelakinya yang suka marah-marah. Anak lelakinya itu diajak pergi ke kandang kuda milik keluarga mereka yang terletak di sebelah rumah. Setibanya di tepi kandang kuda, si ayah berkata kepada anaknya, “Anakku, jika kamu marah ketuklah sebatang paku ke dalam pagar ini. Semakin kamu marah, ketuklah paku itu sekuat hatimu”. Semenjak saat itu, apabila si anak berasa marah pada sesiapa pun, dia mengetuk sebatang paku pada pagar kandang kuda. Mudah baginya untuk melakukan perkara itu.

Sebulan kemudian, si anak menunjukkan kepada ayahnya dengan rasa bangga paku-paku yang sudah terbenam ke dalam pagar kandang yang kini sudah semakin banyak. Ayahnya berkata, “Sekarang, sekiranya kamu dapat menahan rasa marah itu dan tidak jadi marah serta dapat memohon maaf daripada orang lain, cabut paku-paku itu satu persatu. Buatlah begitu seterusnya!”. Si anak terus bersetuju tanpa tahu apakah tujuan sebenar si ayah menyuruhnya berbuat begitu.

Beberapa bulan kemudian, si ayah bertanya kepada anaknya, “Adakah paku yang sudah dicabut?”. Dengan tegas, si anak menjawab, “Saya sudah cabut kesemuanya!”. Ayahnya segera mahu melihat hasil kerja si anak lantas menuju ke pagar kandang kudanya. Setibanya di sana, si ayah berkata “Memang semua paku sudah dicabut, namun ada bekas lubang yang jelas kelihatan”. Ini bererti semasa kita memarahi seseorang, ia meninggalkan luka yang dalam pada diri orang yang dimarahi itu. Walaupun kita kemudiannya memohon maaf, hal itu tetap akan meninggalkan parut.

No comments:

Post a Comment