THANK YOU...

Terima kasih di atas kesudian anda melayari blog ini..

Friday, January 28, 2011

DUIT SYILING AJAIB

Suatu ketika dalam perang dunia kedua, sekumpulan tentera Jepun sudah letih dan sedang dalam perjalanan pulang menuju ke markas besar. Tiba-tiba, Leftenan memperoleh berita dari markas besar mengatakan mereka perlu pergi merampas sebuah lokasi musuh di sebalik bukit. Berita ini tidak segera disampaikan oleh Leftenan kepada pasukannya, memandangkan keadaan mereka yang sudah keletihan dan peluru yang semakin sedikit. Namun, perlahan-lahan pasukan ini diarahkan menuju ke lokasi yang diarahkan oleh markas besar. Dengan susah payah akhirnya mereka pun tiba di kaki sebuah bukit pada waktu tengah malam. Sebahagian besar anggota pasukan tertanya-tanya mengapa mereka melalui kaki bukit itu sedangkan jalan menuju ke markas besar bukan jalan itu.

Selepas menyiapkan pasukannya, Leftenan memberi arahan kepada pasukannya supaya menyerang markas musuh yang ada di seberang bukit sebelum pulang. Apabila mendengar arahan Leftenan itu, reaksi pasukan berbeza-beza. Ada yang tidak bersemangat lagi, ada yang merungut dan ada yang putus asa. Malah beberapa anggota tentera Jepun dianggap derhaka kerana enggan berperang. Dalam fikiran mereka, menyerang musuh bererti mati katak kerana persediaan logistik semakin sedikit. Leftenan dengan sabar mengarahkan mereka berehat selama satu jam untuk memikirkan hal berkenaan.

Setelah berehat, Leftenan kembali membariskan pasukannya. Kemudian, Leftenan mengeluarkan sekeping duit syiling dan berkata kepada pasukannya. “Dengar sini pasukanku, saya tahu kamu semua sudah keletihan dan peluru pun sudah hampir habis. Tetapi, markas besar memerintahkan kita pergi menyerang. Untuk berlaku adil, saya akan melambungkan duit syiling ini ke tanah. Sekiranya yang timbul adalah angka duit ini, kamu semua boleh pulang dan saya akan bertanggungjawab kerana ingkar perintah markas besar. Tetapi, sekiranya yang timbul adalah gambar raja, kita perlu menyerang dalam keadaan apa sekalipun demi untuk raja dan negara. Adakah kamu semua setuju?”
Seluruh pasukan pun berteriak setuju lalu duit syiling itu dilambung dan jatuh ke tanah. Ternyata gambar yang timbul adalah gambar raja.

Sebagaimana yang telah dijanjikan, dengan laungan semangat yang membara mereka melakukan serangan pada awal pagi. Sungguh menakjubkan, dalam tempoh tiga jam pertempuran sengit terjadi mereka akhirnya berjaya menguasai markas musuh dan pulang dengan perasaan gembira dan bangga.

Setibanya di markas besar, Leftenan di tanya bagaimana pasukannnya yang sudah letih kelesuan berperang dengan persediaan peluru dan logistik yang kurang tetapi masih mampu mendapat kemenangan dalam pertempuran? Leftenan mengeluarkan sebutir duit syiling yang kedua belah mukanya adalah gambar raja.

2 comments:

  1. itu adalah cara yg paling bagus dlm situasi yg terlalu mendesak.antara engkar perintah atau mati di medan perang.

    ReplyDelete
  2. nasib baik sekarang tarak potong kaple :-)

    ReplyDelete