THANK YOU...

Terima kasih di atas kesudian anda melayari blog ini..

Friday, January 21, 2011

TAHUKAH ANDA TENTANG KEAJAIBAN MANUSIA???

Secara fizikal, keajaiban manusia dapat dilihat daripada bentuk tubuh badan manusia yang disokong oleh 200 batang tulang yang dipahat secara unik dan sempurna, 500 otot dengan ribuan juta otot dan serat saraf yang panjangnya kira-kira 11KM saling berhubung dengan baik tanpa ada pertindihan tugas antara satu saraf dengan saraf yang lain.

Jantung manusia berdenyut sebanyak 100,000 kali sehari, mengepam 25,000L darah sehari ke sekuruh tubuh, mata manusia dapat membezakan 10,000,000 warna, panjang pembuluh darah mencapai 100,000KM dan sekiranya disambung dengan serat-serat otot yang dimiliki manusia, ia dapat memberi lebih kurang 25 tan daya tarik kekuatan otot apabila seluruh otot disalurkan ke arah yang sama.

Selain itu, dalam tempoh 24 jam jantung orang yang normal berdenyut 103,689 kali, darah menempuh perjalanan sepanjang 168,000,000 batu, bernafas sebanyak 23,040 kali, menghirup udara sebanyak 483M3, menelan 1.5Kg makanan dan minum 3.5L air, berkata-kata sebanyak 25,000 patah perkataan, menggerakkan 750 otot, kuku tumbuh sepanjang 0.00012cm dan rambut tumbuh sepanjang 0.94353cm.

Lebih menakjubkan lagi, semua ini dikendali dan dikawal oleh sebuah organ yang besarnya hanya sebesar sekepal tangan dengan berat lebih kurang 1.5Kg iaitu otak. Sekiranya diteliti lebih lanjut, otak terdiri lebih dari satu trilion sel otak yang jumlahnya setara dengan 167 kali jumlah penduduk bumi.

1 comment: