THANK YOU...

Terima kasih di atas kesudian anda melayari blog ini..

Wednesday, January 19, 2011

HONEY


Seorang PemimpiN yang cemerlang dan dihormati mesti mampu mencipta madu "HONEY" dalam melaksanakan tugas bukannya menanam tebu di tepi bibir;

H : HONESTY (Kejujuran).
      Kamus Heritage mendefinisikan kejujuran sebagai keaslian mutlak, memiliki
      integriti, terhormat, tidak berbohong, tidak menipu ataupun mengambil manfaat
      secara tidak jujur. Kejujuran mencerminkan kebeningan hati yang terpancar
      daripada ucapan, tingkah laku, fikiran seseorang serta menghasilkan buah-buah
      kehidupan yang berguna bagi semua insan. Kejujuran adalah sikap gigih melakukan
      sesuatu dengan keadaan diri di samping tetap memanfaatkan apa yang ada padanya.
      Kejujuran memunginkan seseorang melakukan kajian diri serta tidak mudah
      menyalahkan orang lain apabila muncul masalah .

O : OPEN-MINDEDNESS (Fikiran yang terbuka).
      Fikiran yang terbuka mengandungi erti bersedia menerima kritikan orang lain
      terhadap dirinya. Mereka yang ingin maju, bersedia dikritik dan bersedia untuk
      dinilai, malahan sentiasa mencari peluang untuk memperbaiki dirinya. Membuka
      ruang untuk diri dinilai oleh orang lain bererti menyedari selain memiliki kekuatan,
      dia juga manusia biasa yang tidak sempurna dan memiliki kekurangan juga.

N : NEVER GIVE UP (Tidak mudah berputus asa).
      Mereka yang mudah putus asa adalah mereka yang mudah menyerah kalah,
      sedangkan mereka yang mudah menyerah kalah adalah mereka yang sudah putus
      asa. Kita menjadi “MADU” bagi orang lain apabila kita sendiri tidak mudah
      menyerah hinggakan ketika ada orang lain mengalami keadaan yang sama, mereka
      pun tidak mudah menyerah. Kita menjadi simbol pembelajaran hidup bagi orang
      lain di sekeliling kita.

E : ENTHUSIASM (Keghairahan).
      Dalam bahasa Yunani, enthusiasm berasal daripada perkataan En (di dalam) dan
      Theos (Tuhan). Jadi, pengertian dari kata dasar enthuasism adalah God atau Spirit
      within you (Semangat dan kasih saying Tuhan yang ada dalam dirimu). Pengertian
      umum daripada perkataan ini adalah sikap lapang, ceria, gembira dan semangat
      yang berapi-api yang datang dari dalam. Tiada kejayaan tanpa keghairahan. Perlu
      diingati, empat huruf terakhir dalam perkataan enthusiasm iasm (I am sold myself
      = Saya sudah menjual diri saya).

Y : YOU’RE THE FIRST (Anda yang pertama).
      Mengutamakan kepentingan orang lain lebih daripada kepentingan diri sendiri. Hal
      ini juga mengandungi pengertian tidak mencari sanjungan bagi diri sendiri, namun
      dengan rendah hati menganggap orang lain lebih penting dan lebih utama daripada
      dirinya. Kematangan seseorang terjelma semasa dia dapat mengendalikan egonya
      dan mengakui sebenarnya orang lain lebih berharga daripada dirinya sendiri.

No comments:

Post a Comment