THANK YOU...

Terima kasih di atas kesudian anda melayari blog ini..

Tuesday, January 25, 2011

KACANG LUPAKAN KULIT

Semasa pokok kacang mula mengeluarkan buah di dalam tanah, sang biji memohon daripada induknya supaya ditemani semasa keluar nanti. Ia khuatir kedinginan dan berasa takut kegelapan apabila keluar sendiri. Induknya iaitu batang pokok kacang, menyatakan kesanggupan menerima permintaan sang biji. Oleh itu, kulit pun dibuat bagi membungkus biji supaya bebas daripada tekanan tanah dan serangga yang sering menghancurkan biji kacang.


Demikianlah sang biji mulai keluar dan mendapati dirinya dalam dakapan hangat dan terlindung. Suasana takut yang dibayangkan rupa-rupanya tidak seperti yang disangka. Sebuah cengkerang yang lebih besar daripada dirinya melitupi dan membungkusnya sedemikian rupa. Inilah yang membuatkan ia tetap hangat dan terus tumbuh menjadi biji yang matang tanpa gangguan. Sementara si kulit, iaitu cengkerang terus menahan kedinginan dan tekanan tanah bagi melindungi sang biji.


Kini tibalah saat untuk menuai. Petani mula memetik setiap batang kacang dengan memilih kacang yang berbiji dua, tiga ataupun lebih untuk dijual dengan harga yang berbeza. Keadaan sudah berubah. Kini sang biji tidak lagi berada di dalam tanah tetapi berada dalam udara bebas yang lebih segar dan tidak menakutkan. Semua pengutip kacang lebih fokus kepada biji kacang bukan kepada kulitnya. Tiada seorang pun yang menyatakan betapa biji kacang yang enak dan besar adalah kerana kulit yang begitu kuat melindunginya. Sang biji pun lupa kepada kulit yang membungkusnya sekian lama semasa sang biji menerima pujian kerana keindahan dan kelazatan yang dinikmati manusia.


Bukan hanya itu, semasa kulit dibuka dan biji diambil kulitnya dibuang begitu saja. Tiada ungkapan terima kasih diucapkan sang biji kepada sang kulit. Hal yang serupa juga berlaku semasa sang biji mula bercambah mengeluarkan tunas baru. Serta merta kulit perlahan-lahan dilupakan bahkan menjadi busuk tanpa diketahui oleh sang biji yang lebih menumpukan perhatian kepada tunas baru yang mula tumbuh.

No comments:

Post a Comment