THANK YOU...

Terima kasih di atas kesudian anda melayari blog ini..

Wednesday, January 19, 2011

WANITA

Apa yang aku perlukan dari seorang wanita
Bukanlah kepura-puraan dalam membina cinta
Yang menyembunyikan rahsia di sebalik kata
Tetapi kejujuran pada setiap ketika
Kerana ia nadi sebuah cinta
Bukannya dusta yang sering bergema

Apa yang aku inginkan dari seorang wanita
Bukanlah kata-kata indah umpama pujangga
Yang mengagungkan diriku umpama dewa
Tetapi kepercayaan yang tersemat di dada
Kerana ia nafas sebuah cinta
Bukannya curiga yang terpahat di minda

Apa yang aku mahukan dari seorang wanita
Bukanlah rasa terpaksa untuk bersama
Yang menjadi alasan untuk bersandiwara
Tetapi kesetiaan sepenuh jiwa
Kerana ia nyawa sebuah cinta
Bukannya perpisahan di akhir cerita

Siapalah aku untuk wanita yang sempurna
Tetapi aku juga berhak untuk bahagia
Siapalah aku untuk mendamba cinta
Tetapi aku juga berhak untuk gembira
Apa yang aku harapkan dari seorang wanita
Hanyalah kejujuran, kepercayaan dan kesetiaannya

No comments:

Post a Comment