THANK YOU...

Terima kasih di atas kesudian anda melayari blog ini..

Tuesday, January 18, 2011

NASIHAT UNTUK SEORANG "SAHABAT"

Sekadar hadir untuk memperingatkan
kepada sahabat yang juga teman
kerana perkahwinan bukannya akhiran
tapi permulaan dalam kehidupan

Akad nikah tanda permulaan
membentuk keluarga di rahmati Tuhan
Islam bukan jaminan kesejahteraan
tapi agama yang perlu di praktikkan

Hayatilah Sunnah Rasul dan Kitab Al-Quran
sebagai panduan melayari bahtera kehidupan
kerana kebenaran tak dapat di nafikan
semoga hidup akan beroleh kerahmatan

Amalkan Islam dengan penuh keikhlasan
laksanakan suruhan tanpa sebarang kemusykilan
abaikan larangan tanpa terdetik keraguan
InsyaAllah akan meningkatkan keimanan dan ketakwaan

Ber “Doa” lah selalu kepada Tuhan
semoga menginsafi kekerdilan insan
kerana kita bukannya seorang pahlawan
hanya ibarat pengemis di jalanan

Akal anugerah tanda keistimewaan insan
memimpin keluarga dengan penuh kesabaran
amanah dan tanggungjawab jangan pula di remehkan
semoga kebahagiaan akan terus berkekalan

Takdir jangan sesekali kita persoalkan
percaya kepada Qada dan Qadar teras Rukun Iman
akur dan redha dengan setiap kejadian
kerana setiap kesudahan telah pun di tetapkan

No comments:

Post a Comment