THANK YOU...

Terima kasih di atas kesudian anda melayari blog ini..

Tuesday, March 15, 2011

SEMANGAT ADALAH PELABURAN MASA DEPAN!!!

Ironi dalam kehidupan ini adalah satu pilihan dan keputusan. Apa yang yang kita putuskan hari ini adalah pelaburan yang memberi kesan pada masa depan kita. Adakalanya, kita tidak dapat memutuskan sesuatu perkara hanya kerana terdapat banyak pilihan yang perlu dipertimbangkan. Kita perlu berani bertegas pada diri sendiri dan berani berkata tidak semasa berhadapan dengan pilihan untuk berundur atau yang boleh menurunkan integriti peribadi dan harga diri.

Sejarah membuktikan orang yang berjaya dalam kehidupan adalah mereka yang memiliki sedikit kemungkinan atau langsung tidak ada ruang untuk berundur daripada usaha yang sudah dilakukannya. Tidak menghairankan sekiranya orang Inggeris mengambil titik tolak menjadi negara disegani hanya disebabkan semangat yang dikobarkan oleh Winston Churchill dengan penuh yakin dalam satu majlis rasmi. Selepas riwayat hidup dan rentetan kejayaannya dalam perang dunia kedua dibacakan untuk makluman hadirin, beliau menyampaikan pidato ringkas dengan naik ke pentas dan berteriak dengan lantang, “Jangan…jangan…jangan pernah menyerah!”. Selepas berhenti sejenak, Winston Churchill mengulangi kata-kata itu, “Jangan…jangan…jangan pernah menyerah!”. Kemudian, beliau turun dari pentas lalu meninggalkan majlis itu. Bangsa Inggeris pun berubah, sepertimana keadaan yang dapat dilihat sekarang.

Sebahagian orang yang berjaya memang sudah memiliki benih untuk berjaya. Namun, sejarah membuktikan sebahagian besar orang yang berjaya adalah kerana mereka berazam supaya maju dan terus mengatasi rintangan yang ada tanpa sedikit pun terfikir untuk mengalah. Jangan takut dengan sebarang tekanan yang membuatkan kita berfikir untuk mengalah kerana tekananlah yang mampu mengubah sebutir batu menjadi intan selepas tempoh tertentu.

No comments:

Post a Comment