THANK YOU...

Terima kasih di atas kesudian anda melayari blog ini..

Thursday, March 24, 2011

KEPIMPINAN LIMA TAHAP

Tahap pertama adalah kedudukan. Ironinya kedudukan memberikan kelebihan kuasa. Individu mengikut perintah kita kerana terpaksa. Pengaruh kita terbatas pada bidang kuasa kita sahaja. Lebih lama kita berada pada tahap ini, lebih ramai pekerja bawahan akan meletakkan jawatan. Semangat bekerja turut menurun.
 
Tahap kedua adalah kebenaran. Ironinya kebenaran menghasilkan hubungan baik. Orang mahu mengikut kita atas kerelaan mereka sendiri. Orang akan mengikut kita walaupun kita bertindak di luar bidang kuasa kita. Tahap ini membolehkan kita bekerja dengan seronok. Awas! Berada terlalu lama di tahap ini tanpa sebarang kemajuan menyebabkan orang yang bermotivasi tinggi menjadi bosan.

Tahap ketiga adalah penghasilan. Ironinya hasil kerja adalah bukti konkrit yang sukar disangkal. Orang mengikut kita kerana jasa yang telah kita sumbangkan kepada organisasi. Ini adalah tahap di mana orang lain melihat keberkesanan kita. Mereka sukakan kita dan perkara yang kita lakukan. Masalah mudah diselesaikan kerana kita sudah mempunyai momentum pengaruh.

Tahap keempat adalah pembangunan insan. Ironinya pembangunan insan adalah usaha untuk menghasilkan semula pemimpin akan datang.  Orang mengikut kita kerana jasa yang kita taburkan kepada mereka. Ini adalah tahap perkembangan jangka panjang berlaku. Komitmen kita dalam membina pemimpin akan memastikan perkembangan berterusan kepada organisasi serta kakitangan. Curahkan segala kemahiran kita bagi mencapai matlamat dan kekal berada pada tahap ini.

Tahap kelima adalah ketokohan. Ironinya ketokohan adalah satu bentuk penghormatan. Orang akan mengikut kita kerana peribadi dan pendirian kita. Ini adalah tahap yang dicapai oleh pemimpin yang mendidik pekerja dan organisasinya secara berterusan. Tidak ramai yang mampu sampai ke tahap ini. Jasa orang yang mencapai tahap ini akan sentiasa dikenang.

No comments:

Post a Comment