THANK YOU...

Terima kasih di atas kesudian anda melayari blog ini..

Tuesday, February 22, 2011

PERJALANAN HIDUP DUNIA

Hidup…
Adalah satu perjalanan yang panjang
Terlalu perit dan getir dugaannya
Bagi mereka yang sering merasai kepayahan dan kesengsaraan
Mungkin teramat berat rasanya bebanan itu
Umpama batu sebesar gunung menghempap kepala
Yang tak mampu di tahan
Lalu terperosok ke dasar tanah
Arghhh…sungguh pilu rasanya

Hidup…
Umpama sebuah percutian yang singkat
Teramat indah dan mengasyikkan pengalamannya
Buat mereka yang selalu menggapai kejayaan dan kemewahan
Agaknya terlalu seronok didampingi kegembiraan itu
Ibarat mahkota yang melingkari kepala
Yang sukar untuk ditawan
Lantas terangkat ke atas awan
Ehmmm…sangat bahagia rasanya

Hidup…
Kita sendiri yang merencanakan
Umpama kain putih yang bersih
Lalu tangan seni sendiri yang menzahirkan
Sebuah hamparan lukisan kehidupan
Mungkin abstrak pada orang lain
Tetapi teramat mudah untuk difahami
Oleh diri kita sendiri
Kerana itulah hakikat yang realiti

Hidup…
Umpama pusingan sebuah roda
Ada masanya kita berduka
Bukan setiap masa kita sengsara
Mungkin juga kita sudah terlupa
Kita hanyalah pelakon cerita
Di pementasan alam ciptaanNya
Setiap skrip dan lokasi telah tertera
Itulah kebenarannya kerana Dia bukan pendusta

No comments:

Post a Comment