THANK YOU...

Terima kasih di atas kesudian anda melayari blog ini..

Wednesday, February 16, 2011

EGO

Salah satu teori psikologi mengatakan tingkah laku yang sebenarnya ibarat puncak bongkah ais yang kelihatan, sementara aspek psikologi yang tidak kelihatan jauh lebih besar tersembunyi di dalam.

Sifat sebenar manusia pada dasarnya adalah ego. Cuba perhatikan fenomena diri kita sendiri. Apabila melihat gambar kita bersama rakan-rakan, gambar siapakah yang dicari dan diamati dahulu? Bukankah gambar diri sendiri? Kebiasaannya kita cenderung memikirkan kepentingan diri sendiri kemudian barulah memikirkan orang lain.

Tanpa disedari, setiap individu mahu dilihat baik walaupun dia mungkin tidak baik, hingga perkara ini membuatkan dia tidak sanggup menampilkan dirinya yang sebenar. Terlalu banyak dan berlapis-lapis mekanisme pertahanan diri yang dibuatnya hanya untuk menutup kekurangan dalam dirinya. Cepat atau lambat, perkara ini tentu akan terkuak dengan sendirinya. Semakin tebal lapisan untuk melindungi diri maka semakin besar pula kesannya semasa perkara yang ditutup itu terbongkar dan diketahui umum. Ramai individu yang terpaksa menjalani terapi psikologi hanya kerana gagal untuk membina mekanisme diri yang seimbang.

Kejujuran adalah kunci dalam membentuk perilaku yang baik dalam membina hubungan sesama insan. Jujur pada diri sendiri adalah tonggak utama untuk menerima keadaan diri yang sebenar. Kepura-puraan adalah penyakit mental yang perlahan-lahan memakan diri sendiri. Tiada manusia yang sempurna.

Mengapa kita mahu menjadi seperti orang lain sedangkan kita tidak boleh melakukannya? Setiap manusia mempunyai masalah dan pergelutan hidupnya sendiri. Ada masa ‘jatuh bangun’ sendiri dan memiliki pusingan kehidupan yang tidak mungkin sama antara satu sama lain.

Apabila kita menjadi diri sendiri, waktu itulah kita akan melakukan perubahan. Menyusuri kehidupan bukan bermakna perlu menewaskan orang lain dan selalu membuat lebih baik daripada orang lain. Motivasi yang berkesan adalah bagaimana kita boleh menjadi berbeza daripada orang lain. Berbeza dalam erti kata melakukan sesuatu yang positif.

Apabila kita dengan berani melakukan perbezaan dalam perkara yang berkaitan moral, tidak semua orang akan menyokong usaha untuk melakukan perubahan yang dilakukan. Malah, semasa persekitaran sudah menjadi parah dengan menyimpang dari peraturan dan moral yang sepatutnya, usaha kita melakukan perubahan secara moral sering kali dianggap tidak normal.

Persoalannya, apakah tujuan hidup kita sebenarnya? Manusia lebih suka mengkritik orang lain yang berusaha menjadikan hidupnya lebih baik. Petikan kata-kata dari Oswald Chambers, “Moral bukan hanya tingkah laku yang benar, tetapi cara berfikir yang benar, yang hanya dapat dilihat oleh Tuhan”.

No comments:

Post a Comment