THANK YOU...

Terima kasih di atas kesudian anda melayari blog ini..

Tuesday, February 22, 2011

CINTA

Apa itu cinta?
Kenapa ada yang ketawa kerananya
Juga bisa menangis kerananya
Bagaikan orang yang sakit jiwa
Atau benar-benar sudah gila
Lupa pada dunia
Dan segala isi yang ada padanya

Dimana ada cinta?
Patutkah ada papan tanda untuknya
Sedangkan ia ada dimana-mana
Walaupun untuk yang buta
Kerana ia tak perlu di eja
Datang sendiri tanpa dipaksa
Pada waktu yang mungkin tak diduga

Ada apa dengan cinta?
Yang membuatkan kita sering sering terlupa
Menerobos jauh ke dalam minda
Mencengkam kuat seluruh anggota
Mengundang jiwa untuk meronta
Umpama tahanan dalam penjara
Tanpa mengira waktu dan ketika

Kenapa perlu cinta?
Bukankan ia perencat agenda
Membazirkan saja masa yang ada
Mungkin juga seluruh tenaga
Lebih baik abaikan saja
Atau buat-buat terlupa
Tentang cinta yang ingin menjelma

Bagaimana dengan cinta?
Wajarkah kita menafikan adanya cinta
Kerana wujudnya sudah sekian lama
Menjadi fitrah kejadian manusia
Atau kita patut memburu cinta
Selagi di izinkan oleh masa
Untuk meneroka tentang keajaibannya

No comments:

Post a Comment