THANK YOU...

Terima kasih di atas kesudian anda melayari blog ini..

Friday, February 18, 2011

BERANI KERANA BENAR!!!

Berani bermaksud kualiti fikiran ataupun jiwa yang menjadikan seseorang itu sanggup menghadapi kesulitan, bahaya dan rasa sakit dengan keteguhan dan kekuatan hati. Philip Baker mendefinisikan keberanian bukan kerana tidak rasa takut tetapi kebolehan menghadapi rasa takut dan berkata, “Saya bersyukur dengan apa yang saya rasai saat ini. Walau apa pun perasaan saya ketika ini, saya akan terus melangkah ke depan!”.

Apa yang menyebabkan kita jadi berani? Ada pelbagai sebab yang menyebabkan orang berani melakukan sesuatu antaranya ialah individu berkenaan mempunyai tujuan yang pasti dan melawan takdirnya, mempunyai keyakinan yang tidak dapat digoyah, terdapat orang yang membenarkan tindakannya walaupun secara prinsip mungkin salah, kerana nilai dan norma sesuai dengan aturan kehidupan serta kerana ada yang menyokong ataupun mendampinginya.

Keberanian yang sebenar adalah keberanian yang disertai dengan keyakinan yang tinggi atas kepercayaannya dan selari dengan nilai murni yang menjadi pegangannya serta dillakukan dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. Berani mengatakan yang benar itu benar dan yang salah itu salah.

Semasa berhadapan dengan rasa takut dimarahi, kebimbangan tidak mendapat ganjaran atau mungkin juga khuatir akan di pecat, seseorang itu mungkin akan menjadi takut untuk berkata benar. Ini merupakan keberanian palsu dan tidak bertanggungjawab. Sesuatu perkara menjadi mustahil apabila kerelaan itu hilang atau tiada keberanian berdiri atas kebenaran.

Kita pasti berasa lega dan tenang apabila mengatakan atau melakukan sesuatu dengan berani, penuh kasih sayang, benar dan adil. Keberanian untuk membantu orang lain berlandaskan keikhlasan akan mengundang kekuatan luar biasa dan tidak terduga. Tuhan tidak membiarkan seseorang itu bekerja sendirian dengan keberanian sendiri dalam melakukan sesuatu kebajikan.

Kita tidak mungkin dapat bergantung kepada kekuatan orang lain untuk selama-lamanya. Mempunyai orang dalam iaitu orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi, berpengaruh dan berharta juga tidak akan kekal lama.

No comments:

Post a Comment