THANK YOU...

Terima kasih di atas kesudian anda melayari blog ini..

Tuesday, February 22, 2011

ADAKAH ANDA SEORANG PENDENGAR YANG SETIA???

Telinga yang mendengar dengan sabar dapat melatih setiap insan bersabar dan bersungguh-sungguh dalam menghadapi dugaan hidup. Kebolehan menangguhkan kepentingan peribadi, mendengar dengan sabar luahan mereka akan mengukuhkan hubungan baik dalam organisasi.

Dalam sesebuah organisasi, perkara yang membolehkan seorang pemimpin dapat diterima dalam persekitaran kerjanya adalah kesediaan mereka untuk mendengar luahan para pengikutnya. Kebolehan mendengar dengan berkesan ternyata mendorong berkembangnya pelbagai bentuk kreativiti positif dalam organisasi itu hingga membuatkan oraganisasi itu semakin baik dan memiliki motivasi kerja yang tinggi.

Kesediaan mendengar bermakna mendahulukan kepentingan orang lain berbanding memuaskan keinginan sendiri. Berbicara menunjukkan satu perkongsian, sementara mendengar menunjukkan yang kita mengambil berat. Dalam erti kata lain, mendengar bererti menyemak. Seseorang itu perlu dapat membezakan suara yang satu dengan suara yang lain. Telinga yang dipertajamkan menunjukkan fokus  dan tumpuan perhatian.

Antara langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran dalam mendengar ialah mendengar dengan mata yang tertuju kepada orang yang berkata-kata, jangan mencelah atau menyampuk semasa orang sedang berkata-kata, mendengar apa yang mereka ucapkan serta apa yang belum diucapkan dan mendengar seperti mana kita mahu didengar apabila berkata-kata.

No comments:

Post a Comment