THANK YOU...

Terima kasih di atas kesudian anda melayari blog ini..

Monday, February 21, 2011

IMPIAN

Impian…
Adalah sukar untuk diklasifikasi
Kerana mampu merubah realiti yang hakiki
Walaupun hanya sekadar mainan imaginasi
Umpama mimpi di pagi hari

Impian…
Mampu membahagiakan setiap insan
Kerana ia mampu mengangkat kita ke awangan
Melupakan seketika tentang persoalan kehidupan
Hakikatnya kepastian tetap jadi igauan

Impian…
Tidak semua dapat dicapai
Adakalanya kita hanya mampu melambai
Jangan gelabah jika ianya berkecai
Umpama kaca yang jatuh berderai

Impian…
Sematkan dihati sebagai satu wawasan
Bulatkan tekad tingkatkan keazaman
Kerahkan kudrat menongkah arus rintangan
Pastikan ia sahih dalam dakapan

No comments:

Post a Comment