THANK YOU...

Terima kasih di atas kesudian anda melayari blog ini..

Wednesday, February 16, 2011

KURA-KURA PESIMIS

Seekor kura-kura terjatuh ke dalam sebuah lubang yang tidak dalam semasa dalam perjalanan pulang selepas selesai menghadiri pesta para binatang. Selepas terjatuh, kura-kura menjerit meminta tolong. Rakan-rakan binatang pun datang untuk membantunya keluar dari lubang itu. Arnab cuba memberikan bantuan dengan menghulurkan telinganya yang panjang tetapi tidak berjaya. Gajah pula datang menawarkan bantuan tetapi belalainya sering sahaja terlepas daripada genggaman kura-kura hingga ia terjatuh beberapa kali. Burung rajawali datang menawarkan bantuan malangnya cengkaman burung rajawali tidak begitu kuat mencengkam tempurung kura-kura hingga jatuh terlepas. Semua binatang berusaha menolong tetapi tidak berjaya. Perkara itu membuatkan kura-kura kecewa lalu berkata kepada semua kawan-kawannya, “Sudahlah sahabat, tidak ada gunanya lagi. Saya mungkin akan mati di sini. Saya sendiri tidak dapat melompat. Terima kasih atas pertolongan kalian!”. Para sahabatnya tidak segera meninggalkan kura-kura. Mereka terus menemaninya dan berfikir bagaimana caranya untuk menolong kura-kura supaya dapat keluar dari lubang itu.

Si kura-kura yang bersendirian di dalam lubang itu mula berputus asa masuk ke dalam tempurungnya sementara menunggu datangnya pertolongan yang dianggapnya mustahil. Tiba-tiba ia terdengar bunyi bergemuruh yang mendekati lubang tempatnya terjatuh. Bunyi yang bergemuruh itu diketahuinya sebagai bunyi roda-roda yang bakal menggilisnya. Sedar akan bahaya yang bakal menimpa, tiba-tiba sang kura-kura keluar dari tempurungnya lalu melompat keluar dari lubang itu sambil berasa kehairanan. Kura-kura dapat melompat keluar dari lubang yang menurutnya tidak mungkin dapat dilakukannya. Demikianlah juga dengan binatang yang lain. Mereka hairan dan tertanya-tanya mengapa kini si kura-kura dapat melompat? Kura-kura berkata, “Memang saya tidak boleh, tapi saya tiada pilihan dan mesti boleh!”.

No comments:

Post a Comment