THANK YOU...

Terima kasih di atas kesudian anda melayari blog ini..
Showing posts with label KISAH DONGENG. Show all posts
Showing posts with label KISAH DONGENG. Show all posts

Tuesday, March 1, 2011

PESTA ANGGUR

Seorang raja di salah sebuah kota mahu mengadakan pesta keraian bersama rakyat jelata. Sebagai bukti perpaduan, setiap keluarga diminta membawa sebotol air anggur bagi dituangkan ke dalam satu tong besar. Selepas itu, air anggur yang terkumpul itu akan dapat dinikmati bersama-sama. Satu demi satu keluarga menuang sebotol air yang dibawa ke dalam tong besar yang telah disediakan.

Selepas semuanya terkumpul, raja pun mula bertitah mengenai tujuan diadakan pesta itu yang juga merupakan satu majlis kesyukuran atas hasil tuaian yang baru sahaja diperolehi. Air anggur yang terkumpul ini adalah simbol perpaduan, iaitu dalam apa jua pun keadaan rakyat jelata perlu tetap bersama dan bersatu hati. Sebagai tanda majlis dirasmikan, raja dan pembesarnya pun mengambil segelas air anggur yang sudah dikumpulkan dalam tong besar tersebut. Raja dan pembesarnya berasa hairan kerana air anggur itu hambar rasanya serta agak masin. Raja murka dan mahu mengetahui siapakah yang merosakkan majlis itu dengan mencampurkan air lain selain air anggur ke dalam tong besar berkenaan.

Kumpulan penyiasat akhirnya menemui satu fenomena di mana rakyat jelata berfikir, “sekiranya aku masukkan sebotol air biasa ke dalam tong besar itu, ia pasti tidak akan mengubah apa-apa rasa kerana tong itu besar. Apalah salahnya sekiranya aku masukkan sedikit air biasa ke dalam tong itu?”. Rupa-rupanya bukan hanya seorang sahaja yang berfikiran sedemikian. Hampir kesemua rakyat jelata yang membawa botol air pun berfikiran yang serupa dan tong besar itu pun akhirnya dipenuhi dengan pelbagai campuran air.

Monday, February 21, 2011

ALEXANDER’S LAST WORDS

Alexander, after conquering many kingdoms, was returning home. On the way, he fell ill and it took him to his death bed. Before he died, he called his generals and said, “I will depart from this world soon and I have 3 wishes, please carry them out without fail”.

My first desire is that said Alexander, “my physicians alone must carry my coffin”. After a pause, he continued, “secondly, I desire that when my coffin is being carried to the grave, the path leading to the graveyard be strewn with gold, silver and precious stones which I have collected in my treasury”. “My last wish is that both my hands be kept dangling out of my coffin”.

The people who had gathered there wondered at the King strange wishes. But no one dared bring the question to their lips. Alexander’s favourite general kissed his hand and pressed them to his heart. “King, we assure you that your wishes will all be fulfilled. But tell us why do you make such strange wishes?”

At this Alexander took a deep breath and said, “I would like the world to know of the 3 lessons I have just learnt. “I want my physician to carry my coffin because people should realize that no doctor can really cure anybody. They are powerless and cannot save a person from the clutches of death. So let not people take life for granted”.

“The second wish of strewing gold, silver and other riches on the way to the graveyard is to tell people that not even a fraction of gold will come with me. I spent all my life earning riches but cannot take anything with me. Let people realize that it is a sheer waste of time to chase wealth”.

“And about my third wish of having my hands dangling out of the coffin, I wish people to know that I came empty-handed into this world and empty-handed I go out of this world”.

Which these words, the King closed his eyes. Soon he let death conquer him and breathed his last.

Friday, February 18, 2011

MATAHARI VS ANGIN

Ada sebuah kisah dari Timur Tengah yang mengisahkan persengketaan antara matahari dan angin. Matahari dan angin sering berasa diri mereka yang paling berpengaruh ke atas makhluk ciptaan Tuhan yang lain. Ibarat perang dingin antara dua kekuatan yang tidak kunjung padam, matahari dan angin sering berbalah dan menunjuk-nunjuk antara satu sama lain. Melihat keadaan yang semakin parah, maka datanglah bulan untuk cuba menyelesaikan masalah mereka. Oleh kerana masing-masing mahu menang, maka dijalankan satu pertandingan antara matahari dan angin. Mereka bertaruh sesiapa yang dapat mempengaruhi seorang musafir di bawah sana membuka pakaiannya akan dikira sebagai pemenang. Seterusnya, yang kalah akan dibuang daerah dan perlu pergi jauh dari sana dengan segera.

Pada hari pertandingan dijalankan, undian dilakukan terlebih dahulu bagi menentukan giliran. Angin mendapat giliran pertama. Seorang musafir kebetulan sedang berteduh dekat dengan sebuah oasis. Angin mula beraksi untuk memenangi pertandingan dengan cuba mempengaruhi musafir supaya membuka bajunya. Semasa angin bertiup, musafir itu menyilangkan tangan ke badannya. Angin bertiup lebih kuat, tetapi musafir itu semakin merapatkan pakaiannya. Dengan rasa kesal, angin meniupkan badai. Musafir itu semakin membongkok dan menarik selimut dari untanya dan berlindung di sebalik pakaian dan selimutnya. Angin gagal mempengaruhi musafir berkenaan untuk membuka bajunya.


Tibalah pula giliran matahari. Dengan tersenyum, perlahan-lahan matahari meningkatkan kekuatan sinarnya dan bumi terasa semakin hangat. Musafir itu kelihatan mula mengipas-ngipas dirinya. Semakin panas sinar matahari, semakin rimas dirasakan oleh musafir itu. Dia pun mula membuka butang bajunya satu per satu sambil matanya melirik ke sebuah lubuk untuk berendam. Tidak lama kemudian, seiring dengan teriknya sinar matahari, musafir itu membuka pakaiannya kecuali pakaian dalam. Akhirnya, musafir itu terjun ke dalam lubuk untuk mencari kedinginan.

Dengan senyuman, matahari berkata kepada angin “Perlu ada teknik memujuk bagi mempengaruhi orang lain, bukan dengan paksaan”. Dengan perasaan malu, angin akhirnya akur dengan kekalahannya dan pergi meninggalkan matahari.

Wednesday, February 16, 2011

KURA-KURA PESIMIS

Seekor kura-kura terjatuh ke dalam sebuah lubang yang tidak dalam semasa dalam perjalanan pulang selepas selesai menghadiri pesta para binatang. Selepas terjatuh, kura-kura menjerit meminta tolong. Rakan-rakan binatang pun datang untuk membantunya keluar dari lubang itu. Arnab cuba memberikan bantuan dengan menghulurkan telinganya yang panjang tetapi tidak berjaya. Gajah pula datang menawarkan bantuan tetapi belalainya sering sahaja terlepas daripada genggaman kura-kura hingga ia terjatuh beberapa kali. Burung rajawali datang menawarkan bantuan malangnya cengkaman burung rajawali tidak begitu kuat mencengkam tempurung kura-kura hingga jatuh terlepas. Semua binatang berusaha menolong tetapi tidak berjaya. Perkara itu membuatkan kura-kura kecewa lalu berkata kepada semua kawan-kawannya, “Sudahlah sahabat, tidak ada gunanya lagi. Saya mungkin akan mati di sini. Saya sendiri tidak dapat melompat. Terima kasih atas pertolongan kalian!”. Para sahabatnya tidak segera meninggalkan kura-kura. Mereka terus menemaninya dan berfikir bagaimana caranya untuk menolong kura-kura supaya dapat keluar dari lubang itu.

Si kura-kura yang bersendirian di dalam lubang itu mula berputus asa masuk ke dalam tempurungnya sementara menunggu datangnya pertolongan yang dianggapnya mustahil. Tiba-tiba ia terdengar bunyi bergemuruh yang mendekati lubang tempatnya terjatuh. Bunyi yang bergemuruh itu diketahuinya sebagai bunyi roda-roda yang bakal menggilisnya. Sedar akan bahaya yang bakal menimpa, tiba-tiba sang kura-kura keluar dari tempurungnya lalu melompat keluar dari lubang itu sambil berasa kehairanan. Kura-kura dapat melompat keluar dari lubang yang menurutnya tidak mungkin dapat dilakukannya. Demikianlah juga dengan binatang yang lain. Mereka hairan dan tertanya-tanya mengapa kini si kura-kura dapat melompat? Kura-kura berkata, “Memang saya tidak boleh, tapi saya tiada pilihan dan mesti boleh!”.

Wednesday, February 9, 2011

BURIED GOLD

A Miser sold all that he had and bought a lump of gold, which he buried in a hole in the ground by the side of an old wall and went to look at daily.

One of his workmen observed his frequent visits to the spot and decided to watch his movements. He soon discovered the secret of the hidden treasure, and digging down, came to the lump of gold and stole it.

The Miser on his next visit, found the hole empty and began to tear his hair to make loud lamentations.

A neighbour, seeing him overcome with grief and learning the cause said, “Pray do not grieve so; but go and take a stone, and place it in the hole and fancy that the gold is still lying there.

It will do you quite the same service; for when the gold was there you had it not, as you did not make the slightest use of it.

Friday, January 28, 2011

DUIT SYILING AJAIB

Suatu ketika dalam perang dunia kedua, sekumpulan tentera Jepun sudah letih dan sedang dalam perjalanan pulang menuju ke markas besar. Tiba-tiba, Leftenan memperoleh berita dari markas besar mengatakan mereka perlu pergi merampas sebuah lokasi musuh di sebalik bukit. Berita ini tidak segera disampaikan oleh Leftenan kepada pasukannya, memandangkan keadaan mereka yang sudah keletihan dan peluru yang semakin sedikit. Namun, perlahan-lahan pasukan ini diarahkan menuju ke lokasi yang diarahkan oleh markas besar. Dengan susah payah akhirnya mereka pun tiba di kaki sebuah bukit pada waktu tengah malam. Sebahagian besar anggota pasukan tertanya-tanya mengapa mereka melalui kaki bukit itu sedangkan jalan menuju ke markas besar bukan jalan itu.

Selepas menyiapkan pasukannya, Leftenan memberi arahan kepada pasukannya supaya menyerang markas musuh yang ada di seberang bukit sebelum pulang. Apabila mendengar arahan Leftenan itu, reaksi pasukan berbeza-beza. Ada yang tidak bersemangat lagi, ada yang merungut dan ada yang putus asa. Malah beberapa anggota tentera Jepun dianggap derhaka kerana enggan berperang. Dalam fikiran mereka, menyerang musuh bererti mati katak kerana persediaan logistik semakin sedikit. Leftenan dengan sabar mengarahkan mereka berehat selama satu jam untuk memikirkan hal berkenaan.

Setelah berehat, Leftenan kembali membariskan pasukannya. Kemudian, Leftenan mengeluarkan sekeping duit syiling dan berkata kepada pasukannya. “Dengar sini pasukanku, saya tahu kamu semua sudah keletihan dan peluru pun sudah hampir habis. Tetapi, markas besar memerintahkan kita pergi menyerang. Untuk berlaku adil, saya akan melambungkan duit syiling ini ke tanah. Sekiranya yang timbul adalah angka duit ini, kamu semua boleh pulang dan saya akan bertanggungjawab kerana ingkar perintah markas besar. Tetapi, sekiranya yang timbul adalah gambar raja, kita perlu menyerang dalam keadaan apa sekalipun demi untuk raja dan negara. Adakah kamu semua setuju?”
Seluruh pasukan pun berteriak setuju lalu duit syiling itu dilambung dan jatuh ke tanah. Ternyata gambar yang timbul adalah gambar raja.

Sebagaimana yang telah dijanjikan, dengan laungan semangat yang membara mereka melakukan serangan pada awal pagi. Sungguh menakjubkan, dalam tempoh tiga jam pertempuran sengit terjadi mereka akhirnya berjaya menguasai markas musuh dan pulang dengan perasaan gembira dan bangga.

Setibanya di markas besar, Leftenan di tanya bagaimana pasukannnya yang sudah letih kelesuan berperang dengan persediaan peluru dan logistik yang kurang tetapi masih mampu mendapat kemenangan dalam pertempuran? Leftenan mengeluarkan sebutir duit syiling yang kedua belah mukanya adalah gambar raja.

Thursday, January 27, 2011

LUBANG PAKU

Seorang ayah menasihati anak lelakinya yang suka marah-marah. Anak lelakinya itu diajak pergi ke kandang kuda milik keluarga mereka yang terletak di sebelah rumah. Setibanya di tepi kandang kuda, si ayah berkata kepada anaknya, “Anakku, jika kamu marah ketuklah sebatang paku ke dalam pagar ini. Semakin kamu marah, ketuklah paku itu sekuat hatimu”. Semenjak saat itu, apabila si anak berasa marah pada sesiapa pun, dia mengetuk sebatang paku pada pagar kandang kuda. Mudah baginya untuk melakukan perkara itu.

Sebulan kemudian, si anak menunjukkan kepada ayahnya dengan rasa bangga paku-paku yang sudah terbenam ke dalam pagar kandang yang kini sudah semakin banyak. Ayahnya berkata, “Sekarang, sekiranya kamu dapat menahan rasa marah itu dan tidak jadi marah serta dapat memohon maaf daripada orang lain, cabut paku-paku itu satu persatu. Buatlah begitu seterusnya!”. Si anak terus bersetuju tanpa tahu apakah tujuan sebenar si ayah menyuruhnya berbuat begitu.

Beberapa bulan kemudian, si ayah bertanya kepada anaknya, “Adakah paku yang sudah dicabut?”. Dengan tegas, si anak menjawab, “Saya sudah cabut kesemuanya!”. Ayahnya segera mahu melihat hasil kerja si anak lantas menuju ke pagar kandang kudanya. Setibanya di sana, si ayah berkata “Memang semua paku sudah dicabut, namun ada bekas lubang yang jelas kelihatan”. Ini bererti semasa kita memarahi seseorang, ia meninggalkan luka yang dalam pada diri orang yang dimarahi itu. Walaupun kita kemudiannya memohon maaf, hal itu tetap akan meninggalkan parut.

Wednesday, January 26, 2011

BERLIAN DI TANAH LADANG

Suatu ketika dahulu, di Negara Afrika Selatan hidup seorang petani yang memiliki sebidang tanah ladang pertanian. Pada peringkat awal, pertaniannya begitu produktif dan mengeluarkan hasil lumayan. Namun, lumrah sifat manusia yang mudah tergoda untuk menjadi kaya dengan lebih cepat akhirnya dia berubah fikiran kerana mendengar berita beberapa puluh kilometer dari tanah ladangnya boleh ditemui harta karun berupa emas. Masyarakat di kawasan itu termasuk si petani berduyun-duyun datang mahu mencari harta karun berkenaan. Akhirnya mereka menjumpai emas yang di cari tetapi jumlahnya tidak banyak. Hal ini cukup membuatkan si petani dan beberapa orang yang lain berasa hairan.

Apabila memikirkan perjalanan mencari harta karun memerlukan belanja yang besar, si petani memutuskan untuk menjual ladangnya kepada orang lain. Wang hasil daripada jualan ladangnya digunakan untuk membiayai kos operasi mencari harta karun. Selepas sekian lama, si petani hanya mendapat hasil yang sedikit malah emas yang ditemuinya pula adalah emas yang masih muda. Dalam keadaan berputus asa, si petani berjalan terhuyung-hayang dan terjatuh ke dalam sungai yang berarus deras lalu si petani akhirnya mati lemas.

Sementara itu, lelaki yang membeli ladang si petani pada awalnya tidak terlalu serius mengerjakan ladang yang dibelinya kerana baginya ia hanyalah untuk tujuan pelaburan jangka panjang. Walaubagaimanapun, pada suatu hari ketika dia membersihkan ladang yang baru dibelinya itu dia terjumpa sebutir batu yang berkilauan. Dia tertanya-tanya sendiri, “Ini batu apa? Ini berliankah?”. Kemudian dia membawa batu berkenaan berjumpa tukang emas. Hasil analisis si tukang emas membuatkan dia tercengang tidak percaya, memang benar batu itu berlian bermutu tinggi.

Dalam diam-diam, dia mengumpulkan batu-batu yang ada di ladangnya dengan menggali tanah ladangnya sedikit demi sedikit dan menjumpai batu berlian yang banyak. Dalam waktu yang singkat, pembeli ladang petani itu menjadi kaya raya dan memiliki ratusan potongan batu berlian bermutu tinggi. Petani yang menjual ladangnya tidak menyedari selama ini dia ‘bekerja sambil tidur’ di atas tanah yang banyak berlian.

TULANG RUSUK

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI : Kamu!!!

WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku! Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!" Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?

WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.
Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.



Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat....Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati...Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Andai merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai....

Tuesday, January 25, 2011

KACANG LUPAKAN KULIT

Semasa pokok kacang mula mengeluarkan buah di dalam tanah, sang biji memohon daripada induknya supaya ditemani semasa keluar nanti. Ia khuatir kedinginan dan berasa takut kegelapan apabila keluar sendiri. Induknya iaitu batang pokok kacang, menyatakan kesanggupan menerima permintaan sang biji. Oleh itu, kulit pun dibuat bagi membungkus biji supaya bebas daripada tekanan tanah dan serangga yang sering menghancurkan biji kacang.


Demikianlah sang biji mulai keluar dan mendapati dirinya dalam dakapan hangat dan terlindung. Suasana takut yang dibayangkan rupa-rupanya tidak seperti yang disangka. Sebuah cengkerang yang lebih besar daripada dirinya melitupi dan membungkusnya sedemikian rupa. Inilah yang membuatkan ia tetap hangat dan terus tumbuh menjadi biji yang matang tanpa gangguan. Sementara si kulit, iaitu cengkerang terus menahan kedinginan dan tekanan tanah bagi melindungi sang biji.


Kini tibalah saat untuk menuai. Petani mula memetik setiap batang kacang dengan memilih kacang yang berbiji dua, tiga ataupun lebih untuk dijual dengan harga yang berbeza. Keadaan sudah berubah. Kini sang biji tidak lagi berada di dalam tanah tetapi berada dalam udara bebas yang lebih segar dan tidak menakutkan. Semua pengutip kacang lebih fokus kepada biji kacang bukan kepada kulitnya. Tiada seorang pun yang menyatakan betapa biji kacang yang enak dan besar adalah kerana kulit yang begitu kuat melindunginya. Sang biji pun lupa kepada kulit yang membungkusnya sekian lama semasa sang biji menerima pujian kerana keindahan dan kelazatan yang dinikmati manusia.


Bukan hanya itu, semasa kulit dibuka dan biji diambil kulitnya dibuang begitu saja. Tiada ungkapan terima kasih diucapkan sang biji kepada sang kulit. Hal yang serupa juga berlaku semasa sang biji mula bercambah mengeluarkan tunas baru. Serta merta kulit perlahan-lahan dilupakan bahkan menjadi busuk tanpa diketahui oleh sang biji yang lebih menumpukan perhatian kepada tunas baru yang mula tumbuh.