Seekor kura-kura terjatuh ke dalam sebuah lubang yang tidak dalam semasa dalam perjalanan pulang selepas selesai menghadiri pesta para binatang. Selepas terjatuh, kura-kura menjerit meminta tolong. Rakan-rakan binatang pun datang untuk membantunya keluar dari lubang itu. Arnab cuba memberikan bantuan dengan menghulurkan telinganya yang panjang tetapi tidak berjaya. Gajah pula datang menawarkan bantuan tetapi belalainya sering sahaja terlepas daripada genggaman kura-kura hingga ia terjatuh beberapa kali. Burung rajawali datang menawarkan bantuan malangnya cengkaman burung rajawali tidak begitu kuat mencengkam tempurung kura-kura hingga jatuh terlepas. Semua binatang berusaha menolong tetapi tidak berjaya. Perkara itu membuatkan kura-kura kecewa lalu berkata kepada semua kawan-kawannya, “Sudahlah sahabat, tidak ada gunanya lagi. Saya mungkin akan mati di sini. Saya sendiri tidak dapat melompat. Terima kasih atas pertolongan kalian!”. Para sahabatnya tidak segera meninggalkan kura-kura. Mereka terus menemaninya dan berfikir bagaimana caranya untuk menolong kura-kura supaya dapat keluar dari lubang itu.
Dalam senario kehidupan seorang insan yang terdampar di suatu sudut dunia, pelbagai kisah suka duka dilalui setiap detik dan waktu yang menjadi kronologi kehidupan dalam membina jati diri sebenar sebagai insan kerdil di muka bumi ini dalam ekspedisi mencari makna sebuah kehidupan yang sebenar kerana kita hanyalah pelakon cerita di pementasan alam ciptaanNya..
THANK YOU...
Terima kasih di atas kesudian anda melayari blog ini..
Wednesday, February 16, 2011
KURA-KURA PESIMIS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment