Apabila memikirkan perjalanan mencari harta karun memerlukan belanja yang besar, si petani memutuskan untuk menjual ladangnya kepada orang lain. Wang hasil daripada jualan ladangnya digunakan untuk membiayai kos operasi mencari harta karun. Selepas sekian lama, si petani hanya mendapat hasil yang sedikit malah emas yang ditemuinya pula adalah emas yang masih muda. Dalam keadaan berputus asa, si petani berjalan terhuyung-hayang dan terjatuh ke dalam sungai yang berarus deras lalu si petani akhirnya mati lemas.
Sementara itu, lelaki yang membeli ladang si petani pada awalnya tidak terlalu serius mengerjakan ladang yang dibelinya kerana baginya ia hanyalah untuk tujuan pelaburan jangka panjang. Walaubagaimanapun, pada suatu hari ketika dia membersihkan ladang yang baru dibelinya itu dia terjumpa sebutir batu yang berkilauan. Dia tertanya-tanya sendiri, “Ini batu apa? Ini berliankah?”. Kemudian dia membawa batu berkenaan berjumpa tukang emas. Hasil analisis si tukang emas membuatkan dia tercengang tidak percaya, memang benar batu itu berlian bermutu tinggi.
Dalam diam-diam, dia mengumpulkan batu-batu yang ada di ladangnya dengan menggali tanah ladangnya sedikit demi sedikit dan menjumpai batu berlian yang banyak. Dalam waktu yang singkat, pembeli ladang petani itu menjadi kaya raya dan memiliki ratusan potongan batu berlian bermutu tinggi. Petani yang menjual ladangnya tidak menyedari selama ini dia ‘bekerja sambil tidur’ di atas tanah yang banyak berlian.
dan kemudiannya pemerintah mendengar berita itu lantas mengambil tanah tersebut dengan alasan seluruh tanah di kawasan itu adalah hak milik kerajaan.malang sungguh nasib si pembeli ladang itu..lolol
ReplyDeleteOic...mungkin lupa bayar cukai tanah :-)
ReplyDelete