Sahabat…
Aku
punya rasa rindu
Yang
memaksa aku mencari kasihmu
Aku
punya rasa sayang
Yang
mendalam terhadap dirimu
Aku
juga punya rasa kasih dan cinta
Yang
memaksa aku
Untuk
menghalusi setiap keindahan yang ada padamu
Teman…
Wajarkah
aku memulakan segala
Kerana
aku sedar tentang hakikatnya
Kesudahan
yang pasti akan buat kita kecewa dan sengsara
Kini
aku berada di persimpangan dilema
Antara
rasional dan desakan jiwa
Tetapi
sesungguhnya hidupku
Sepi
tanpa dirimu di sisi
Seribu
kali aku cuba
melupakanmu
Dan
sejuta kali itu jugalah
Kau
hadir dalam ruangan hatiku
???…
Ketahuilah
hanya engkau
Yang
mampu menenteramkan jiwaku
Sememangnya
antara kita
Terlalu
sukar untuk kekal selamanya
Namun
setiap detik yang di anugerahkan buat kita
Tak
mungkin aku ingin persiakan tanpa sebarang makna
Walaupun
segalanya hanyalah sementara
Semoga
memori indah yang telah kita lakarkan bersama
Akan
kekal terpahat di dasar jiwa
Sebagai
lakaran terindah kita di dunia fana
No comments:
Post a Comment