THANK YOU...

Terima kasih di atas kesudian anda melayari blog ini..

Wednesday, March 13, 2013

MAMPUKAH AKU UNTUK TERUS KEKAL BERTAHAN


Detik demi detik yang ligat beraksi
Umpama mempersendakan diriku yang terdampar sepi
Lemah longlai dan tidak bermaya lagi
Kerana jiwa menangis meratap tanpa henti
Gagal untuk memeluk bayang-bayang diriku sendiri
Dalam pencarian yang penuh ranjau berduri

Mampukah aku untuk terus kekal bertahan
Telah ku simpul mati segenap keazaman
Telah ku susun rapi segunung kesabaran
Telah ku lakar pasti seteguh ketabahan
Telah ku sulam seni seluruh keikhlasan
Telah ku hias murni sepenuh keluhuran

Renungilah pesanku wahai puteri pujaan hati
Setiap hembusan nafasku pasti namamu diingati
Setiap degupan jantungku pasti dirimu dikenangi
Setiap denyutan nadiku pasti bayangmu melingkari
Kerana kamu adalah impian hidup duniawi
Takkan padam selagi aku bernyawa lagi

Andai aku ditakdirkan tewas dalam perjuangan
Memperjuangkan kisah cinta yang tiada kesudahan
Mohon kiranya engkau sudi untuk memaafkan
Ketahuilah bahawa semuanya bukti kekerdilan insan
Kita merancang tetapi Tuhan yang menentukan
Pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian

No comments:

Post a Comment