THANK YOU...

Terima kasih di atas kesudian anda melayari blog ini..

Wednesday, March 20, 2013

Nabi Muhammad SAW Contoh Ikutan Sepanjang Zaman



Nyatakanlah andai ada individu yang lebih hebat darinya?
Suasana yang terang benderang disulami hembusan udara nyaman
Bunga menguntum harum serta tumbuhan hidup penuh kesegaran
Orang Rom dan Parsi kepanikan terpadamnya api sembahan
Burung bersiulan dengan riang penuh gembira menyambutnya kelahiran
Membawa rahmat untuk makhluk sekalian alam sepanjang zaman

Jelaskanlah jika ada individu yang lebih baik darinya?
Lembut tutur katanya mampu menyejukkan dada siapa sahaja
Sentuhan kasihnya mampu dirasa bahkan oleh kafir derhaka
Senyuman manis terukir indah dibibirnya tak pernah sirna
Tawadhuk sabar syukur ikhlas dan sentiasa berlapang dada
Sifat dermawannya tidak pernah takut kefakiran datang mendera

Buktikanlah kalau ada individu yang lebih sempurna darinya?
Semua makna kebaikan dan kebahagiaan tersulam pada dirinya
Seluruh erti kebajikan dan kebenaran terhias pada manhajnya
Rasulullah SAW mengingati Allah di setiap waktu dan ketika
Berkorban dengan apa saja bahkan darah dan air mata
Memberi syafaat hingga selamat umatnya dari seksa neraka

Tiada perkataan terungkap selain memohon kemaafanmu Ya Rasulullah!
Kerana masih banyak ajaranmu yang belum lagi terlaksana
Kerana akhlak dan pekertimu belum dipraktikkan setiap masa
Kerana syariat perjuanganmu tidak mampu kami teruskan sewajarnya
Kerana mengaku mencintaimu tetapi tiada bukti sebagai tanda
Kerana adanya didikanmu tetapi kami gagal menjernihkan jiwa
Kerana adanya sunnahmu tetapi masih bergelumang dengan dosa
Kerana adanya Al-Quran tinggalanmu tetapi hanyut dilautan dunia
Kerana menjadi umatmu tetapi terlalu jauh dari sempurna

Hanya terima kasih yang terucap untukmu Ya Rasulullah!
Atas limpahan rahmat dan kilauan cahaya dimuka bumi
Atas kasih dan sayangmu yang melimpah untuk kami
Atas setiap titisan keringatmu yang berjuang demi kami
Atas seluruh penat lelah dan pengorbananmu untuk kami
Atas segenap ajaranmu tentang erti kehidupan untuk kami
Atas semua doa indahmu yang sering mendoakan kami
Atas ketulusan ribuan istighfar permohonanan ampunmu untuk kami
Atas sujud panjangmu untuk meminta syafaat buat kami

Nabi Muhammad SAW adalah contoh ikutan terbaik sepanjang zaman
Menyeru seluruh umat manusia agar Allah SWT sentiasa ditauhidkan
Menyuruh melakukan kebaikan dan melarang dari melakukan kemungkaran
Mengajar manusia berinteraksi penuh berhikmah tanpa ada keegoan
Walaupun 12 Rabiulawal Tahun 11 Hijrah terpahat sebagai tarikh kewafatan
Rasulullah SAW terus kekal menjadi contoh ikutan dan teladan
Kerana Nabi Muhammad SAW merupakan Rasul yang terakhir diutuskan
Mewariskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW sebagai sumber panduan
Menjadi rujukan sempurna seluruh umat manusia yang beriman
Kerana pastinya hanya syurga Allah SWT yang menjadi impian

Monday, March 18, 2013

BISIKAN MELODI HATI


Dengarlah wahai permaisuri
Bisikan melodi hati ini
Moga engkau memahami
Agar kau akan lebih mengerti
Saat aku tiada di sisi
Untuk hadir menemani

C/O Ingin ku hamparkan kasih ini
        Untuk alas tempatmu beradu
        Ingin ku tebarkan sayang ini
        Untuk selimutimu saat beradu
        Ingin ku hembuskan cinta ini
        Untuk membelaimu kala beradu
        Agar tidurmu lena di ulit mimpi
        Tanpa ada yang hadir mengganggu

Kasih ku padamu telah tersimpul mati
Sayang ku padamu telah tersulam seni
Cinta ku padamu telah tersusun rapi
Rindu ku padamu telah terhias murni
Kerana engkaulah sandaran hati
Menjadi azimat mutiara maknawi

Friday, March 15, 2013

WANITA IDAMAN



Pening kepala memikirkannya
Wanita mana harus ku puja
Ikutkan hati ataupun akal
Yang mana satu akan kekal

C/O   Oh…wanita idaman hati ini
          Yang mana satu cinta sejati
          Adakah wanita
          Yang ikut fesyen terkini
          Aurat terdedah di sana sini
          Di lantai dansa ligat beraksi
          Tertawa lepas menggoda lelaki
          Ataupun wanita
          Labuh bajunya membaluti
          Aurat dijaga sentiasa terhijabi
          Di atas sejadah sujud menginsafi
          Menangis memohon keampunan Ilahi

Wahai wanita wahai jelita
Aku hanyalah lelaki biasa
Sukar menahan pandangan mata
Sering terpesona asyik tergoda

Thursday, March 14, 2013

SIMPULAN ILUSI



Datang dan pergi
Tidak mungkin akan kembali
Merenungi hari-hari ku ini
Hidup tanpamu kini di sisi
Ku rasakan sunyi dan sepi
Bagaikan alam tidak berpenghuni
Ohh…pedihnya hati ku tanggung sendiri

C/O  Dan bila esok kau datang lagi
         Membawa duka menggores hati
         Menyingkap tabir sejuta memori
         Kenangan yang menusuk sanubari
         Apakah ini yang harus aku lalui
         Terperangkap dalam simpulan ilusi
         Yang membelenggu hidupku ini

Ohh..lepaskanlah semua mimpi
Yang merantai hatiku ini
Agar dapat aku terus berlari
Mengejar erti sebenar hidup insani
Melakar indah sentuhan sejati
Dengan keindahan warna pelangi
Menyulam hidup penuh harmoni
Mengikut rentak melodi hatiku sendiri
Tanpa ada bayangmu lagi

Wednesday, March 13, 2013

MAMPUKAH AKU UNTUK TERUS KEKAL BERTAHAN


Detik demi detik yang ligat beraksi
Umpama mempersendakan diriku yang terdampar sepi
Lemah longlai dan tidak bermaya lagi
Kerana jiwa menangis meratap tanpa henti
Gagal untuk memeluk bayang-bayang diriku sendiri
Dalam pencarian yang penuh ranjau berduri

Mampukah aku untuk terus kekal bertahan
Telah ku simpul mati segenap keazaman
Telah ku susun rapi segunung kesabaran
Telah ku lakar pasti seteguh ketabahan
Telah ku sulam seni seluruh keikhlasan
Telah ku hias murni sepenuh keluhuran

Renungilah pesanku wahai puteri pujaan hati
Setiap hembusan nafasku pasti namamu diingati
Setiap degupan jantungku pasti dirimu dikenangi
Setiap denyutan nadiku pasti bayangmu melingkari
Kerana kamu adalah impian hidup duniawi
Takkan padam selagi aku bernyawa lagi

Andai aku ditakdirkan tewas dalam perjuangan
Memperjuangkan kisah cinta yang tiada kesudahan
Mohon kiranya engkau sudi untuk memaafkan
Ketahuilah bahawa semuanya bukti kekerdilan insan
Kita merancang tetapi Tuhan yang menentukan
Pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian

Tuesday, March 12, 2013

TETAP LAPAR TETAP BODOH


Pangkat dan darjat kian meninggi
Seiring masa yang ucap parmisi
Belajarlah mensyukuri nikmat sesuap nasi
Agar tidak lupa menabur bakti

Pasang dan surut silih berganti
Memang menjadi lumrah hidup duniawi
Segala cabaran harus tabah dihadapi
Moga kaki teguh kekal berdiri

Baik dan buruk datang selari
Pilihan kita untuk membentuk jatidiri
Sentiasa berusaha keras memperbaiki diri
Tetap lapar walaupun maju sekaki

Kiri dan kanan menabur janji
Matlamat jelas bukan meraih simpati
Singkirkan syak wasangka dari hati
Agar hidup kita sentiasa harmoni

Susah dan senang sama dirasai
Perkara baru menjadi sumber inspirasi
Bersikap terbuka jangan pentingkan ideologi
Menjadi bukti kita bersatu hati

Siang dan malam perlu diisi
Pelbagai ilmu perlu kita terokai
Jangan sombong suka membangga diri
Tetap bodoh walaupun dunia menyanjungi

Semoga aku tidak lupa diri
Sentiasa tunduk ikut resmi padi
Bukan seperti tin kosong berbunyi
Bila terbuka jelas tidak berisi

Monday, March 11, 2013

SAHABAT, TEMAN DAN ???…


Sahabat…
Aku punya rasa rindu
Yang memaksa aku mencari kasihmu
Aku punya rasa sayang
Yang mendalam terhadap dirimu
Aku juga punya rasa kasih dan cinta
Yang memaksa aku
Untuk menghalusi setiap keindahan yang ada padamu

Teman…
Wajarkah aku memulakan segala
Kerana aku sedar tentang hakikatnya
Kesudahan yang pasti akan buat kita kecewa dan sengsara
Kini aku berada di persimpangan dilema
Antara rasional dan desakan jiwa
Tetapi sesungguhnya hidupku
Sepi tanpa dirimu di sisi
Seribu kali aku cuba melupakanmu
Dan sejuta kali itu jugalah
Kau hadir dalam ruangan hatiku

???…
Ketahuilah hanya engkau
Yang mampu menenteramkan jiwaku
Sememangnya antara kita
Terlalu sukar untuk kekal selamanya
Namun setiap detik yang di anugerahkan buat kita
Tak mungkin aku ingin persiakan tanpa sebarang makna
Walaupun segalanya hanyalah sementara
Semoga memori indah yang telah kita lakarkan bersama
Akan kekal terpahat di dasar jiwa
Sebagai lakaran terindah kita di dunia fana