Cintaku terlakar nun jauh di sana
Berputik mekar harum semerbak menusuk jiwa
Impian tersulam indah mengundang rasa
bahagia
Hati teguh menepis dugaan datang menyapa
Kaki mengorak langkah memburu impian bersama
Tapi sayang semuanya hanya untuk seketika
Mahligai cinta berkecai hanya sekelip mata
Tanpa mampu kewarasan akal untuk menduga
Sudah suratan takdir tertulis sedemikian
rupa
Sampai masa untuknya bertemu dengan
Pencipta
Membuatkan hatiku luka menanggung seribu
lara
Dunia yang bercahaya terasa gelap gelita
Langkah menjadi longlai hilang arah
seketika
Namun aku redha dengan semua ketentuan-Nya
Dugaan hadir menguji keteguhan iman didada
Mengajar erti ketabahan agar kekuatan
tercipta
Tanpa ada rasa kesal bersarang dijiwa
Hidup mesti diteruskan selagi masih
bernyawa
Akan tersimpan rapi seluruh himpunan cerita
Terpahat sebagai kenangan indah untuk
selamanya
Jodohku tersurat sejak azali di sini
Hadirnya tanpa sedar dalam sebuah mimpi
Mencipta sejuta tanda tanya dalam sanubari
Membuatkan aku tertunduk bisu muhasabah
diri
Langkah bermula untuk mencari makna pelangi
Tersingkap akhirnya rahsia misteri yang menyelubungi
Tanpa perlu meredah ranjau onak berduri
Hatiku berlagu riang dan senang sekali
Pasti semuanya adalah limpahan Rahmat Ilahi
Kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui
Sentiasa sudi mendengar rintihan setiap
insani
Semua yang terzahir mahupun segala
tersembunyi
Agar aku tidak tersungkur menyembah bumi
Moga aku yakin tentang hikmah menanti
Supaya aku sentiasa bersyukur setiap hari
Atas sinaran mentari menerangi kegelapan
hati
Dengan cahaya rembulan memadam keresahan
hati
Untuk aku mengenal erti cinta sejati
Mencari damai lakaran bahagia episod
duniawi
Menjadi platform destinasi ukhrawi yang
abadi
Mengertilah ku kini tentang hakikat duniawi
Cinta tidak semestinya kita akan memiliki
Kerana jodoh sudah tersurat sejak azali
Kenapa harus mempersoalkan itu dan ini
Menghitung satu persatu untuk menyedapkan
hati
Mencongak sesuatu yang tidak mungkin
terjadi
Belajarlah untuk hidup dalam alam realiti
Bukannya hanyut dipukul ombak fantasi
sendiri
Tiada gunanya untuk mempersoalkan takdir
Ilahi
Ikhtiar dan perbuatan hanya menyampaikan
diri
Selebihnya hanya Allah SWT yang Maha
Mengetahui
Kita merancang Tuhan menentukan apa terjadi
Kekerdilan insan memang jelas telah terbukti
Moga coretan ini membuka pintu hati
Menjadi mutiara maknawi bagi yang mengerti
Menyinari kegelapan yang menyelubungi
ketika pagi
Memayungi titisan hujan di tengah hari
Mengalunkan melodi indah ketika berteman
sunyi
Agar tabah menghadapi ujian yang menanti
Redha dengan semua ketentuan takdir Ilahi